Peranti untuk memainkan kandungan digital pada TV lama | ICT Niaga Enterprise

Peranti untuk memainkan kandungan digital pada TV lama

| Posted in


“Tanpa mengira sama ada TV lama atau TV baru, kini anda boleh menonton movie kegemaran di TV hanya semudah ABC.

Anda seorang yang suka memuat turun video / movie dari internet? Ingin menggunakan TV anda untuk menonton movie kegemaran? TV yang sedia ada boleh menerima input USB (pendrive/portable hard disk) tetapi tidak boleh support format MKV? Format MKV kini sudah semakin popular kerana saiznya yang kecil tetapi mampu memberikan kualiti gambar yang terbaik.

Ada yang membeli media player, tapi tidak dapat play pula kerana media player tersebut tak support format MKV. Natijahnya masa dan duit terbazir begitu sahaja dek kerana membeli tanpa meneliti dahulu spesifikasi produk dan kegunaannya.

Anda gemar melayari laman youtube? Mungkin ada yang tidak tahu sebenarnya video-video di laman youtube boleh dimuat turun dengan menggunakan pelbagai perisian. Salah satunya ialah Internet Download Manager (IDM). Dan video-video yang dimuat turun menggunakan IDM akan mempunyai format FLV yang biasanya dapat dimainkan menggunakan PC/Laptop sahaja.

Jika jawapan anda kepada semua persoalan di atas adalah YA, maka anda harus memiliki produk terbaru kami ini. Produk yang dinamakan Mini Full HD SD/USB Media Player ini telah dikaji dan dikenalpasti sebagai media player terbaik yang sedang berada di pasaran sekarang. Tambahan pula, ianya merupakan yang termurah serta disifatkan sebagai produk mampu milik.

Menampilkan ciri-ciri seperti:
  • USB HOST: boleh membaca peranti storan luaran USB seperti USB HDD atau USB pen drive, dan memainkan atau menguruskan fail.
  • Build-in storan USB 2.0, dengan kapasiti 10MB.
  • Pembaca SD / SDHC. Terus membaca kad SD / SDHC, dan memainkan atau menguruskan fail di TV, boleh membaca kad SD / SDHC juga pada komputer.
  • Menyokong HDMI, CVBS, dan output video YPbPr.
  • Menyokong output audio AV.
  • Video format yang disokong: MKV/AVI/TS/TP/MP4/M4V/MOV/V0B/PMP/MPG/M2TS/FLV/WMV/RM/RMVB/MPEG1 2 4/DIVX (HD 1080p) / WMV9 VC-1 / H 0,264 SP MP HP/H.263 BP
  • Video definisi: Kadar Bit 1920x1080P sehingga kepada 80Mbps
  • Jenis audio yang disokong: MP3, WMA, OGG, AAC, FLAC, APE, AC3, DTS, ATRA.
  • Gambar: JPEG, GIF, PNG, BMP.
  • Fungsi Repeat, Zoom, FastForward, BF, dan fungsi Putar.
  • Fungsi Play semula: auto play dari tempat berhenti sebelumnya.
  • Pengurusan fail: boleh menguruskan fail-fail di dalam peranti yang disambungkan, memadam atau menyalin antara satu sama lain.
  • Menyokong sarikata luar: SRT / ASS (UTF8, GBK, Big5, dll.)
  • Untuk kemudahan, alat kawalan jauh disediakan.
  • Bahasa: Cina, Tradisional Cina, Bahasa Inggeris, Jerman, Sepanyol, Perancis, Itali, Jepun
Untuk maklumat lanjut atau pembelian, sila klik pautan di bawah ini :