Sejarah dan perkhidmatan ICT Niaga Enterprise | ICT Niaga Enterprise

Sejarah dan perkhidmatan ICT Niaga Enterprise

| Posted in

 

Salam sejahtera.

Pada artikel ini, saya selaku pemilik perniagaan ingin memperkenalkan kepada anda perniagaan yang telah saya wujudkan sejak 7 tahun lalu. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi inspirasi dan manfaat yang berguna untuk para pembaca.

Asal usul nama dan perniagaan.

ICT Niaga Enterprise adalah sebuah perniagaan peruncitan komputer yang asalnya bermula tanpa nama dari rumah iaitu di Kampung Tanjung Rimau Dalam, Alor Gajah Melaka pada awal tahun 2006. Tahun sebelum itu pemiliknya iaitu Ahmad Zaki Bin Abdul Rahim adalah merupakan salah seorang rakan kongsi dalam perniagaan yang bernama Virtual Illusion.

Asal usul sejarah nama "ICT Niaga" ini adalah bermula dalam tahun 2004 dari sebuah kios jualan barangan keperluan pelajar kolej seperti alat tulis, disket terpakai, cd kosong dan lain-lain yang berkaitan. Kios ini dijalankan oleh Kelab ICT Institut Teknologi Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur, yang mana saudara Ahmad Zaki merupakan presiden kelab tersebut. Beliaulah yang mencetuskan nama "ICT Niaga" bagi kios berkenaan.
 
Pada akhir tahun 2006, selepas tamat pengajian di Giatmara Kota Melaka, pemilik perniagaan mula aktif menghadiri kursus-kursus keusahawanan anjuran Giatmara, Mara dan pelbagai lagi agensi berkaitan kerajaan seperti Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Beliau juga telah bekerja di beberapa buah syarikat bagi tujuan mendapatkan seberapa banyak pengalaman dalam bidang perniagaan yang akan diusahakan.

Pada tarikh 7 Julai 2007 (07/07/2007), nama ICT Niaga Enterprise telah didaftarkan secara rasminya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, cawangan yang bertempat di MITC. Pada hari itu juga telah berlangsung pameran Satu Daerah Satu Industri di Dewan Melaka International Trade Centre, yang telah bermula dari 5 hingga 9 Julai 2007.

Dalam tahun 2008 ICT Niaga Enterprise mula menyewa premis di tingkat 1.3B, Kompleks Hang Tuah, Jalan Hang Tuah Melaka.  Kini bangunan berkenaan telah ditukar nama kepada "Arked Jalan Hang Tuah". Pada awal tahun 2010, perniagaan berpindah ke tingkat 4.2 iaitu lot perniagaan yang diuruskan oleh Kelab Usahawan Giatmara Melaka.

Dan kini, ICT Niaga Enterprise masih lagi di tingkat 4.2 serta menjalankan perkhidmatan berikut :
Perkhidmatan semasa yang ditawarkan :
  • Tingkat upaya dan servis sistem komputer
  • Jualan komputer terpakai & suai-pasang
  • Edit audio, video, gambar dan dokumen digital
  • Membina dan mengemaskini laman blog 
  • Menyimpan gambar dan dokumen ke cd / dvd
  • Merekacipta buku elektronik dan dokumen PDF
  • Menaip surat
  • Kelas Belajar Komputer dan ICT
  • Membuat dan menjual kraftangan, aksesori hiasan serta cenderamata-cenderahati
  • Menerbitkan artikel dan iklan ke dalam internet bagi promosikan perniagaan usahawan industri kecil dan sederhana
Kelas Belajar Komputer dan ICT merupakan antara perkhidmatan yang mendapat sambutan menggalakkan dari rakyat sekitar Melaka yang keramaian dari mereka mencapai maklumat mengenai kelas berkenaan melalui blog khas yang dibangunkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai kursus-kursus yang ditawarkan dalam program Kelas Belajar Komputer dan ICT, sila lawat blog pendidikan dengan klik pautan di bawah :