Menyimpan paparan 'print screen' | ICT Niaga Enterprise

Menyimpan paparan 'print screen'

| Posted in

 
Label dan kedudukan butang untuk fungsi "print screen" adalah berbeza mengikut pengeluar papan kekunci berkenaan.


Kesemua paparan yang muncul di skrin komputer dapat disimpan untuk rujukan pada masa lain. Ini penting apabila melakukan transaksi "on-line" seperti perbankan internet.  Dengan kemudahan penyimpanan imej yang dipaparkan, imej transaksi boleh disimpan tanpa perlu mencetak imej transaksi setiap kali transaksi dilakukan.  Kemudahan penyimpanan imej ini sebenarnya memang wujud dalam sistem pengoperasian semua komputer namun tidak dinyatakan secara lebih lanjut.  

Untuk menyimpan imej yang dipaparkan pada skrin, butang papan kekunci berlabel "Print Screen" atau "Prt Scr Sys Rq" boleh digunakan.  Label dan kedudukannya bergantung kepada kilang pengeluar papan kekunci tersebut.  Adalah dimaklumkan bahawa kedudukan butang ini juga berbeza antara papan kekunci bagi komputer jenis "personal computer" atau laptop.

Apabila ia ditekan, imej skrin disimpan dalam memori, dan boleh dipaparkan semula dengan menggunakan arahan ‘Paste’ dalam perisian seperti Paint, Microsoft Word dan lain-lain aplikasi mengikut sistem pengoperasian yang anda gunakan.

Jika anda hendak merakamkan hanya "kotak dialog" tanpa latarbelakangnya, anda hanya perlu menekan butang “ALT” semasa menekan butang "Print Screen" atau "Prt Sc Sys Rq".  Apabila anda menekan kedua-dua butang tersebut, hanya kandungan tetingkap teratas sahaja akan dirakamkan. Teknik yang sama juga boleh digunakan untuk menghasilkan buku rujukan atau manual penggunaan perisian.


**Tambahan :
-anda juga boleh menggunakan perisian PhotoScape bagi merakamkan print screen